Sunday, July 29, 2012

BAND 5 TEMA 2 PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN SATU 2012

NAMA

TINGKATAN

PERNYATAAN STANDARD

Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten ke arah melahirkan warganegara yang bersikap positif, bertanggungjawab, berupaya menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi cabaran.

DESKRIPTOR

B5D3 Menghargai ibu bapa dan ahli keluarga

EVIDENS

B5D3E1 Menunjukkan perasaan kasih sayang kepada ibu bapa dan ahli keluarga

AKTIVITI PENTAKSIRAN

1) Pelajar membuat sebarang dokumentasi

(contoh: Buku Skrap/Folio/Persembahan Power Point/Video dll)yang dapat membuktikan beliau berupaya menunjukkan perasaan kasih sayang kepada ibu bapa dan ahli keluarga berdasarkan beberapa sambutan yang dipilih

2)Setiap kad mesti ada catatan/pengesahan daripada penerima.

3)Setiap kad mesti dilampirkan bersama .

( Kad boleh dibeli ataupun buat sendiri.)

4)Satu dokumentasi gambar yang menunjukkan sesi pemberian kad kepada ibu/bapa/ahli keluarga

5) Item Muka Depan Dokumentasi

i. Nama sekolah/logo sekolah

ii. PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAN

iii. Tema 2 Hubungan Kekeluargaan

iv. B5D3E1

v. Nama penuh pelajar

vi. No. Kad Pengenalan

vii. Tingkatan &Tahun

viii. Nama penuh guru yang mengajar

ix. **Borang ini mesti dilampirkan

CONTOH ITEM

a) Membuat dokumentasi untuk membuktikan pelajar meluahkan perasaan kasih sayang kepada ibu bapa dan ahli keluarga berdasarkan beberapa sambutan yang dipilih.

BAND 6 TEMA 2 PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN SATU 2012

NAMA

TINGKATAN

SATU FINTAN

PERNYATAAN STANDARD

Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik sebagai warganegara yang berakhlak mulia, prihatin, berwawasan, bertanggungjawab, patriotik dan bersedia menyumbang ke arah pembangunan diri, masyarakat dan negara serta boleh diteladani.

DESKRIPTOR

B6D3 Membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa

EVIDENS

B6D3E1 Bertingkah laku mulia ke arah pembentukan keluarga bahagia.

AKTIVITI PENTAKSIRAN

1. Guru membuat pemerhatian dan pengesahan dokumen.

PENGESAHAN IBU BAPA/KELUARGA TERDEKAT/JIRAN /PENJAGA

CONTOH ITEM

Contoh: Pelajar sanggup berkorban masa untuk merealisasikan “RUMAHKU, SYURGAKU’ melalui sumbangan / khidmat bakti secara suka rela di rumah demi kebahagiaan keluarga

1. Buat satu laporan /dokumentasi (Power point/Folio) bagaimana pelajar dapat membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa.

a. Sekurang-kurangnya 2 jenis aktiviti/sumbangan/khidmat bakti yang berlainan kepada ahli keluarga

2. Contoh Laporan/Dokumentasi ‘Rumahku, Syurgaku’

LAPORAN / DOKUMENTASI

‘RUMAHKU,SYURGAKU’

AKTIVITI/SUMBANGAN /KHIDMAT BAKTI PERTAMA/KEDUA/……….

JENIS AKTIVITI/SUMBANGAN

Membantu ibu mencuci pinggan mangkuk selepas sarapan malam di rumah setiap hari(Contoh)

JANGKAMASA

10 minit setiap hari sepanjang tahun(Contoh)

TEMPOH(JAM)

Lebih kurang 60 jam(Contoh)

OBJEKTIF

rujuk BT PSK (ms 29-40)

1.memberi sumbangan untuk kebahagiaan keluarga(Cth)

2. menunjukkan cara mengeratkan hubungan ke arah pembentukan keluarga bahagia ‘Rumahku,Syurgaku’

KOMEN/CATATAN PELAJAR

KOMEN/CATATAN YANG DIBANTU

-BUKTI(GAMBAR/SEBARANG MEDIA)

-Setiap gambar/ilustrasi mesti ada catatan

Buat AKUJANJI (sila ubahsuai Akujanji yang terdapat dalam halaman 27 BUKU TEKS PSK Ting. 1. untuk merealisasikan slogan ‘Rumahku, Syurgaku’

AKUJANJI(Contoh)

Saya ____ murid Tingkatan Satu _____ berjanji dan berikrar untuk membantu keluarga saya dalam melakukan aktiviti seharian dengan rela hati untuk merealisasikan slogan ‘Rumahku, Syurgaku’.

Saya berjanji akan melakukan aktiviti seharian seperti yang berikut:

  1. _______________________
  2. _______________________

Yang benar,

___________

(Nama Pelajar)

Disahkan,

__________

(Nama ibu/bapa/penjaga)

Saturday, May 12, 2012

HAPPY MOTHER'S DAY


                                                                   So Blessed by You, Mom
A mother who always cares,
A mother who’s always there.
A mother who always prays,
A mother who always stays.
When things get rough,
When life gets tough,
When all is just too much to bear,
God’s Word she shares.
God’s light she shines.
So blessed God made this mother mine.
Author Unknown

Friday, May 4, 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Warna-warna yang terdapat pada logo Hari Guru:

  •  PUTIH Melambangkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
  •  PERAK
  •  Melambangkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh. 
  •  KUNING
  •  Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti terkandung dalam bendera Malaysia. 
  •  MERAH 
  • Melambangkan keteguhan semangat. BIRU Melambangkan perpaduan dan muhibah.

Tema Hari Guru pada tahun 2012
“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun.




Mengapa 16 Mei dipilih sebagai sebagai Hari Guru?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana......
 • pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
 • Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK(Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.

 OBJEKTIF HARI GURU 
  Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  Memupuk perasaan perpaduan iktisas dan muhibah antara guru. 
  Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 
  Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. 
  Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
 Sumber: ppdsegamat.edu.my

Tuesday, May 1, 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara :TEMA HARI GURU 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara LAGU: Kita Berbicara Tentang Inovasi Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini Meningkatkan Produktiviti Terkini Bangun Beranikan Terima Seruan Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan Menciptakan Kreativiti Melahirkan Guru Inovatif Sahutlah Cabaran, Perubahan Daulatkan Bidang Pendidikan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara Malaysia Ku Tercinta Kita Berbicara Tentang Inovasi Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini Meningkatkan Produktiviti Terkini Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja Binakanlah Keyakinan Merentasi Segala Harapan Lagu : Rosman bin Adam Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof

Saturday, March 10, 2012

Graffiti Logo Maker - http://www.easygraffititext.com

doctor reviews

SECEBIS KATA-KATA MOTIVASI

SECEBIS KATA-KATA MOTIVASI

"Guru merupakan pelakon tambahan dalam sesuatu cerita, tetapi pelajar adalah pelakon utamanya untuk berjaya dalam peperiksaan"

"Selagi kereta api mengikut landasannya, maka sampailah ia kedestinasinya, selagi pelajar mengikut landasan yang betul, maka berjaya lah dia sebagai seorang pelajar"

"KEMENANGAN atau KEKALAHAN adalah sementara, yang di hadapan belum MENANG, jangan LEKA, yang di belakang belum KALAH, jangan KECEWA, selagi pejuangan belum selesai"

"Semai pemikiran terhasillah tindakan, semai tindakan terhasillah tabiat, semai tabiat terhasillah sikap, semai sikap terhasillah matlamat"

"Be a good clock builder rather than a good time teller"

Thursday, March 8, 2012

State’s passing rate in STPM higher than national average

Thursday March 8, 2012

By S. ARULLDAS
news@thestar.com.my
Photos by ASRI ABDUL GHANI

SELAMAT BERCUTI WARGA SXI


PERINGATAN KEPADA PARA PELAJAR YANG DISAYANGI,

INGAT LENGKAPKAN PROJEK PSK................
SILA RUJUK PANDUAN PROJEK PSK UNTUK KETERANGAN LANJUT (MUAT TURUN)


SELAMAT BERCUTI


Wednesday, March 7, 2012

HASIL KERJA PELAJAR 1 GREGORY 'KELUARGAKU SYURGAKU'


https://picasaweb.google.com/115445724422675165061/HASILKERJAPELAJAR1G2012KELUARGAKUSYURGAKU#slideshow/5717428085157673442

Tuesday, January 17, 2012

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA PELAJAR
SMK ST XAVIER, PULAU PINANG

Kepada Ibu bapa/Penjaga pelajar Tingkatan 1 -5
SMK St Xavier, Pulau Pinang

Tuan/Puan

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS)TAHUN 2012

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa semua pelajar diwajibkan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.


2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan menjalankan pentaksiran berasaskan sekolah untuk semua matapelajaran di atas mengikut format yang dikehendaki oleh Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.


3. Pentaksiran berasaskan sekolah ini akan dijalankan sewaktu pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru matapelajaran masing-masing.

4. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk memastikan anak jagaan tuan/puan dapat menyiapkan tugasan-tugasan mengikut masa yang ditetapkan oleh guru-guru matapelajaran masing-masing.

Bil

Matapelajaran

Tingkatan

Bentuk Pentaksiran

1.

Bahasa Melayu

1-5

Lisan

2.

Bahasa Inggeris

1-5

Lisan

3.

Sains

1-5

Kerja Amali (PEKA)

4.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan

1-5

Ujian Kecergasan SEGAK

5.

Pendidikan Seni Visual

1-5

Kerja Kursus & Folio

6.

Biologi/Fizik/Kimia

4-5

Kerja Amali (PEKA)

7.

Prinsip Perakaunan

4-5

Kerja Kursus

8.

Pendidikan Islam

4-5

Penilaian Asas Fardu Ain(PAFA)

9.

Pendidikan Moral

4-5

Kerja Kursus

10.

Pend. Sivik & Kewarganegaraan

1-4

Kerja Kursus/Folio/Khidmat Masyarakat

11.

Pendidikan Islam

1-3

1. Ujian Tilawah & Hafazan

2.Pemerhatian Adab & Akhlak Islamiah

3.Penilaian Asas Fardu Ain(PAFA)

12.

Geografi

1-3

Kerja Kursus

13.

Sejarah

1-3

Kerja Kursus

14.

Kemahiran Hidup Bersepadu

1-3

Kerja Kursus

15.

Matematik Tambahan

5

Kerja Kursus

16.

Semua mata pelajaran

1

PBS/Kerja Kursus/Folio/PEKA dll



5. Segala kerjasama pihak tuan/puan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.