Bil | Matapelajaran | Tingkatan | Bentuk Pentaksiran |
1. | Bahasa Melayu | 1-5 | Lisan |
2. | Bahasa Inggeris | 1-5 | Lisan |
3. | Sains | 1-5 | Kerja Amali (PEKA) |
4. | Pendidikan Jasmani & Kesihatan | 1-5 | Ujian Kecergasan SEGAK |
5. | Pendidikan Seni Visual | 1-5 | Kerja Kursus & Folio |
6. | Biologi/Fizik/Kimia | 4-5 | Kerja Amali (PEKA) |
7. | Prinsip Perakaunan | 4-5 | Kerja Kursus |
8. | Pendidikan Islam | 4-5 | Penilaian Asas Fardu Ain(PAFA) |
9. | Pendidikan Moral | 4-5 | Kerja Kursus |
10. | Pend. Sivik & Kewarganegaraan | 1-4 | Kerja Kursus/Folio/Khidmat Masyarakat |
11. | Pendidikan Islam | 1-3 | 1. Ujian Tilawah & Hafazan 2.Pemerhatian Adab & Akhlak Islamiah 3.Penilaian Asas Fardu Ain(PAFA) |
12. | Geografi | 1-3 | Kerja Kursus |
13. | Sejarah | 1-3 | Kerja Kursus |
14. | Kemahiran Hidup Bersepadu | 1-3 | Kerja Kursus |
15. | Matematik Tambahan | 5 | Kerja Kursus |
16. | Semua mata pelajaran | 1 | PBS/Kerja Kursus/Folio/PEKA dll |
Tuesday, January 17, 2012
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA PELAJAR
SMK ST XAVIER, PULAU PINANG
Kepada Ibu bapa/Penjaga pelajar Tingkatan 1 -5
SMK St Xavier, Pulau Pinang
Tuan/Puan
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS)TAHUN 2012
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa semua pelajar diwajibkan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan menjalankan pentaksiran berasaskan sekolah untuk semua matapelajaran di atas mengikut format yang dikehendaki oleh Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.
3. Pentaksiran berasaskan sekolah ini akan dijalankan sewaktu pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru matapelajaran masing-masing.
4. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk memastikan anak jagaan tuan/puan dapat menyiapkan tugasan-tugasan mengikut masa yang ditetapkan oleh guru-guru matapelajaran masing-masing.
5. Segala kerjasama pihak tuan/puan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Monday, January 2, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)