PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

SMK ST XAVIER, LEBUH FARQUHAR, 10200 PULAU PINANG

Sunday, April 3, 2011

JOM,BERAMAL

PERATURAN LAWATAN AMAL SXI 2011
Posted by CHIA at 3:11 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

LAPORAN PELAJAR SXI SEMASA BERAMAL

Posted by CHIA at 2:27 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

DIRIKU

My photo
View my complete profile

SEKAPUR SIREH

Salam 1 Malaysia!

psk-sxi.blogspot.com laman pencetus minda,

tempat untuk kita berbicara,

amalan terbaik dikongsi bersama,

sudilah berkunjung setiap masa,

untuk berkongsi ilmu di dada.

Bilangan Pelawat

Website counter

MASA ITU EMAS


Photo Calendar

PEPERIKSAAN PMR 2012


Countdown Clock by MasterGreetings.com

PEPERIKSAAN SPM 2012


Countdown Clock by MasterGreetings.com

Blog Archive

  • ►  2013 (16)
    • ►  December (1)
    • ►  May (15)
  • ►  2012 (30)
    • ►  August (6)
    • ►  July (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (6)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (40)
    • ►  November (1)
    • ►  September (16)
    • ►  August (13)
    • ►  June (4)
    • ▼  April (2)
      • JOM,BERAMAL
      • LAPORAN PELAJAR SXI SEMASA BERAMAL
    • ►  March (4)
  • ►  2010 (1)
    • ►  February (1)

MUAT TURUN

  • PANUDAN PROJEK/FOLIO PSK TING. 4 SXI 2012
  • PANDUAN PROJEK/FOLIO PSK TING.3 SXI 2012
  • PANDUAN PROJEK/FOLIO PSK TING. 2 SXI 2012
  • PANDUAN PROJEK/FOLIO PSK TING. 1 SXI 2012
  • PANDUAN PROJEK/FOLIO PSK SXI 2012
  • School Handout 2012

NEGARAKU

  • SUSUNAN & KEDUDUKAN BENDERA APABILA DIKIBAR
  • MUAT TURUN IKON BENDERA NEGERI
  • KENANLI PEMIMPIN DI SETIAP NEGERI
  • KENALI NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
  • JATA & NAMA NEGERI


Get your own Digital Clock

LOKASI SEKOLAH

Lokasi Sekolah Slideshow: Seowhongchia’s trip from George Town (near Georgetown, Pulau Penang, Malaysia) to 2 cities and Penang (near Prai, Pinang) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

LENCANA SEKOLAH

LENCANA SEKOLAH

MAKSUD LAMBANG LENCANA SEKOLAH

LENCANA SEKOLAH

Lambang :

Langit biru dan matahari terbit melambangkan Timur Jauh.

Pokok pinang mewakili Pulau Pinang.

Bintang dari lambang “coat of arms” pihak Kristian Brothers’ di atas latar Kuning dan Putih mewakili warna Paus (Papal Colours)

SXI ialah singkatan bagi St. Xavier’s Institution pada latar Merah yang mewakili Suluh Pengetahuan

Warna :

Biru mewakili Kepercayaan

Kuning menggambarkan Penghargaan

Merah melambangkan Keamalan

Cogan Kata : “Labor Omnia Vincit”

VISI & MISI SEKOLAH

VISI & MISI SEKOLAH

Visi

Visi kami adalah untuk menyentuh sanubari dan mengubah kehidupan

Misi

Misi kami adalah:

· Untuk memupuk perhubungan guru-pelajar yang baik dan bercirikan sifat saling mengasihi, menyayangi dan memahami.

· Bagi mereka yang berada di tampuk kepimpinan sewajarnya memimpin melalui teladan, berdedikasi dan berwatakan sifat-sifat bersepadu untuk dijadikan model idaman.

· Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG, bekas pelajar sewajarnya serta staf sekalian berikhtiar untuk membekalkan kemudahan yang terbaik bagi menggalakkan pertumbuhan sepanjang hayat


SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Sekolah

Pada tahun 1684, St. John Baptist de La Salle telah membentuk satu kumpulan Brothers Sekolah Kristian yang dikenali sebagai Brothers’ of the Christian Schools. Kemudian Father Beurel, seorang paderi dari Perancis telah bertanggungjawab membawa masuk 6 orang Brothers daripada kumpulan tadi ke Singapura pada tahun 1852. 3 orang daripada mereka menetap di Singapura untuk menubuhkan St. Joseph’s Institution, iaitu sebuah Institut La Salle Brothers yang pertama di Timur Jauh. Yang 3 lagi, iaitu Bro. Venere, Bro. Hierom dan Bro. Lothaire-Marie sampai di Pulau Pinang pada 12 April 1852.

Sejak menerima nama baru sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua, Institusi St. Xavier telah mempunyai reputasi yang baik sebagai institusi pendidikan yang terkenal di Asia Tenggara dan menarik para pelajar dari rantau ini. Xaverian pada ketika itu telah memenangi Biasiswa Queen yang merupakan pencapaian akademik tertinggi di peringkat Sekolah Menengah sebanyak 14 kali. Sekolah ini juga merupakan lagenda dalam bidang sukan dan kegiatan kokurikulum. Walaupun bangunannya musnah akibat peperangan tetapi St. Xavier merupakan sekolah yang pertama kembali dibuka selepas perang tamat. Selama 9 tahun, kelas-kelas dijalankan dalam pondok-pondok yang didirikan di padang sekolah sementara menunggu bangunan yang baru disiapkan pada tahun 1954. Semua masalah yang dihadapi sepanjang tempoh tersebut menjadi satu cabaran dan perangsang kepada guru-guru dan pelajar-pelajar untuk lebih tekun supaya St. Xavier kembali menjadi sebuah pusat pendidikan yang terkenal.

Sekolah Menengah St. Xavier yang kini mengikuti sistem pendidikan Malaysia, bergiat melaksanakan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan pendidikan yang seimbang dengan berteraskan kepada Tuhan dan keluhuran jiwa, di samping perkembangan insan yang menyeluruh. Usaha ini amat menyerupai dan menepati keunggulan pendidikan Lasallian.

Bimbingan kerohanian merupakan perkara teras yang dititikberatkan oleh pihak sekolah. Bimbingan ini diberikan oleh pihak Unit Bimbingan & Kaunseling. Semua warga sekolah memainkan peranan masing-masing dengan penuh dedikasi. Para pelajar giat melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat sekolah seperti menerusi Lembaga Pengawas, Lembaga Ketua Tingkatan, Lembaga Pustakawan dan kegiatan kokurikulum yang lain.

Dalam usaha melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, pihak sekolah menawarkan mata pelajaran mengikut kebolehan dan pencapaian pelajar. Untuk meningkatkan kemajuan setiap pelajar secara tuntas, pihak sekolah menyediakan pilihan kegiatan kokurikulum yang luas. Setiap pelajar diwajibkan melibatkan diri dalam satu jenis sukan atau satu aktiviti lain seperti berpersatuan dan juga diwajibkan melibatkan diri dalam unit pakaian seragam.

Pelajar digalakkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan dan aktiviti peringkat antara sekolah, negara dan antarabangsa. Sekolah ini telah banyak memperoleh kejayaan, umpamanya dalam bidang intelektual dan kebudayaan. Sekolah menyerlah dalam pidato, perbahasan dan pertandingan Matematik & Sains. Dalam bidang sukan pula, kita menonjol dalam acara seperti olahraga, renang, tenis, bola tampar, bola keranjang, perlumbaan perahu naga dan banyak lagi.

Pasukan Pancaragam Sekolah paling terkenal dan pasukan-pasukan berseragam yang lain seperti Kadet Remaja, Pengakap dan Pasukan Bulan Sabit Merah telah mencapai tahap yang membanggakan dalam usaha memberi khidmat masyarakat sekolah dan masyarakat luar. Tidak ketinggalan juga ialah majalah tahunan sekolah “The Xaverian” yang amat disegani dan bermutu hasil penerbitannya.

Semangat yang kuat dan kental bukan perkara asing bagi sekolah ini. Pelajar St. Xavier yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, kaum , agama dan umur, sama ada yang sedang bersekolah ataupun bekas pelajar sangat bangga akan warisan dan tradisi sekolah yang istimewa dan mengagumkan. Oleh sebab itulah, maka terhasilnya sebuah Bilik Arkib dan Warisan Sekolah.

Pihak pentadbiran sekolah sentiasa mendapat sokongan dan bantuan daripada bekas-bekas pelajar dalam apa jua rancangan yang dianjurkan oleh sekolah atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru demi kemajuan sekolah.Ramai bekas pelajar telah membawa kebanggaan kepada sekolah menerusi kejayaan mereka menjawat kedudukan yang penting dalam bidang politik,perniagaan dan profesional.

Hasil kejayaan mereka ini menepati Rukun Xaverian, yakni :-

• Taat kepada Tuhan, Raja, negara, keluarga serta sekolah dan kelas.

• Demi mentaati Tuhan dan menghormati semua insan, maka kami akan mematuhi peraturan-peraturan kesusilaan dalam tindak-tanduk kami secara persendirian dan perhubungan dengan masyarakat.

• Menghormati dan mematuhi semua yang memegang kuasa : Raja dan ketua-ketua negara, ibu bapa, orang-orang tua, guru-guru dan pemimpin-pemimpin pelajar.

• Bertimbang rasa dan mengambil berat tentang orang-orang miskin serta kurang bernasib baik dengan memberi bantuan dan bimbingan kepada mereka setakat yang terdaya.

• Untuk menegakkan cogan kata sekolah,LABOR OMNIA VINCIT, pelajar berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang yang dilakukan dengan memberi keutamaan kepada aspek pelajaran dan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dengan semangat untuk berkhidmat.

COGAN KATA SEKOLAH

Cogan Kata Sekolah/Motto

“LABOR OMNIA VINCIT”

bermaksud

DAYA USAHA AKAN MENEWASKAN SEGALA-GALANYA

"Labor Conquers All"

PIAGAM SEKOLAH

Piagam Sekolah

Sejajar dengan suasana kekeluargaan yang memungkinkan pertumbuhan,perkara yang harus diberi keutamaan di S.M.K. St. Xavier ialah :-

1. Memupuk hubungan baik yang bercirikan nilai-nilai murni antara pelajar dengan guru

2. Guru-guru mestilah mencabar para pelajar agar menyedari potensi sepenuh

3. Setiap pemimpin mestilah berdedikasi dan mempunyai sahsiah serba lengkap untuk dijadikan teladan

4. Jemaah pentadbir, PIBG, bekas pelajar dan staf berusaha untuk memberi pendidikan yang sebaik-baiknya

LIRIK LAGU SEKOLAH

Lagu Sekolah


ALMA MATER’S CALL

All through our college a voice is resounding,

Promptly respond to your duty’s sweet call,

Harken you all for the trumpet is sounding,

Your mater’s proclaiming her watchwords to all.

Chorus :

Forward her children dear, ever with hearts sincere,

Render with joy to your mater her due,

All that is vile reject, Heaven will e’er protect,

Sons of St. Xavier valiant and true.

Labour will conquer your motto still bearing,

Forward with courage in ways that are just,

True to your standard be doing and daring,

As faithful Xaverians in Heaven your trust.

SAINT JOHN BAPTIST DE LA :Pengasas De La Salle Brothers

SAINT JOHN BAPTIST DE LA SALLE 1651-1719
Pengasas De La Salle Brothers

St. John Baptist de La Salle ialah pengasas BrothersSekolah Kristian (Fratres Scholarum Christianarum/FSC) yang kini lebih dikenali sebagai De La Salle Brothers di seluruh dunia. Keluarga Lasaliian meraikan Hari Pengasas pada 15 Mei setiap tahun.

De La Salle yang berasal dari keluarga berada telah menjadi paderi dan canon (jawatan kehormat gereja) dan memiliki Ijazah Falsafah Kedoktoran dalam teologi dari University of Rheims. Dalam satu pertemuan dengan En. Adrien Nyel dari Rouen menyebabkan beliau berminat untuk menubuhkan dan mengurus sekolah-sekolah amal. Pada masa dahulu di Perancis, hanya anak-anak bangsawan dan keluarga berada sahaja berpeluang memperoleh pendidikan. Kanak-kanak dari keluarga miskin dan kelas pekerja dibiarkan untuk menjaga diri sendiri.

Riwayat Brother Director Pertama Sekolah

Ketika “Brothers” mengambil alih pengurusan St. Francis Xavier’s Free School (kemudian dipanggil St. Xavier’s Institution) pada bulan April 1852, Brother Venere dilantik sebagai Brother Director yang pertama. Kebanyakan Brother Director yang awal-awal ialah orang Jerman dan Perancis, namun sejak awal abad ke-20 jawatan ini diambil alih oleh Brother keturunan orang Inggeris dan Irish. Sejak itu terdapat 22 orang Brother Director yang sumbangan mereka telah membawa sekolah ini menjadi sebuah institusi pendidikan yang unggul di negara ini. Kepemimpinan dan kemahiran pengurusan mereka telah membawa sekolah mengecapi pelbagai kejayaan dan pencapaian yang tidak terkira bukan sahaja dalam bidang kecemerlangan pendidikan tetapi juga kegiatan kokurikulum.

Tidak banyak yang diketahui mengenai Brother pada masa abad ke-19, yang meletakkan batu asas sekolah ini. Brother Director yang pertama ialah Brother Venere (Paul Chapuit). Brother Venere dilahirkan pada 25 Januari 1821 di Chambery, Perancis. Beliau ialah Brother yang pertama belayar dari Antwep atas kapal La Julie ke Malaya. Brother Venere dilantik sebagai Director dari tahun 1852 hingga 1858 dan untuk tempoh yang kedua dari 1874 hingga 1876.

Di bawah pimpinan beliau, satu bangunan sekolah yang sempurna telah didirikan untuk menampung pertambahan bilangan pelajar. Beliau, salah seorang daripada perintis pendidikan di British Malaya. Brother Venere diberi penghormatan melalui pelantikan sebagai Brother Visitor yang pertama untuk Timur. Selepas tugas di St. Xavier,beliau dipertanggungjawabkan dengan usaha untuk menubuhkan Christian De La Salle Brothers di India dan Burma.

Walau bagaimanapun terdapat banyak masalah yang rumit dan Brother Venere dengan berat hati, terpaksa membatalkan usaha-usaha Brother di Calcutta, Agra dan beberapa buah tempat yang lebih kecil. Di Burma (sekarang Myanmar), beliau mengecapi kejayaan dan menjadi Brother Director untuk St. Patrick di Moulmein bagi beberapa tahun pada lewat 1870-an. Brother Venere kembali ke negara asalnya, Perancis dan meninggal dunia di Chambery pada 9 Januari 1882.

5 CIRI-CIRI NILAI LA SALLE

5 Ciri Lasallian

1. KEPERCAYAAN

Percaya kepada Tuhan

Jangan melalui sesuatu hari tanpa berdoa

Mengingati diri bahawa Tuhan sentiasa bersama anda

2. BERSATU DENGAN YANG KURANG UPAYA

Menolong mereka yang tiada wang

Menolong mereka yang tidak memahami pelajaran

Menolong mereka yang memerlukan bantuan tanpa diminta

3. SEMANGAT BERUSAHA

Cuba mengubah apa yang mudah dan biasa dalam kehidupan orang lain

Lakukan apa sahaja dengan sempurna

Kejayaan dikecapi daripada kesungguhan dalam pendidikan dan kerjaya

4. BERSATU & BERSAMA

Belajar bekerjasama dengan orang lain

Menghormati pandangan orang lain

Menghargai seseorang itu kerana menjadi dirinya

5. SEMANGAT KOMUNITI KEKELUARGAAN

Berkongsi keuntungan anda dengan orang lain

Bercakap betul pada masa yang betul

Menyokong orang pada masa ceria dan malang

VISI,MISI & OBJEKTIF PANITIA

VISI

1 Impian ke arah kecemerlangan 1 Malaysia

MISI

Membekalkan program pendidikan yang dapat membina modal insan warga global yang bernilai sivik dan berjiwa kewarganegaraan

Objektif

1. Membantu pelajar mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara secara global ke arah kecemerlangan 1 Malaysia

2. Memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran PSK

3. Menyedarkan pelajar terhadap kepentingan PSK dalan kehidupan seharian.

4. Membimbing pelajar mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai sivik dan kewarganegaraan di dalam dan di luar bilik darjah.

5. Memberi peluang kepada pelajar untuk

a. menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan Negara

b. bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama

c. mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi dalam dunia globalisasi

d. berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan Negara

6. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik yang boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

CARTA ORGANISASI PANITIA 2012

Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan 2013
Pengetua
Encik Loh Kea Yu

Penolong Kanan Pentadbiran
Pn Ang Phaik Sim
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Dr. Sim Hock Keat

Penolong Kanan Ko-Kurikulum
En. Lim Kuang Haw

Guru Bidang Kemanusiaan
Pn. Mok Lai Chee

Ketua Panitia PSK
Pn. Chia Seow Hong

Guru-guru PSK
Cik Baizuwati Othaman
En. Mohd Faisal
Cik Sofiah
En. Ikram
Cik Wong GL
Cik Shamini




PROGRAM/PROJEK PANITIA

  • Bersama Warga Istimewa Di Cameron Highlands

PROGRAM INOVATIF PANITIA

  • GOTONG ROYONG 2007
  • 1 MALAYSIA WEDDING
  • PERKAHWINAN 1 MALAYSIA
  • SAMBUTAN HARI MERDEKA
  • WARGA SXI BERSAMA WARGA ISTIMEWA

SUKATAN & HURAIAN PELAJARAN

  • SUKATAN PELAJARAN
  • TINGKATAN 1
  • TINGKATAN 2
  • TINGKATAN 3
  • TINGKATAN 4
  • TINGKATAN 5

SURAT PEKELILING IKHTISAS

  • AKTA PENDIDIKAN 1996
  • PELAKSANAAN M/P PSK

LAMAN PROFESION

  • LAMAN WEB SMK ST XAVIER,PULAU PINANG
  • PORTAL LEMBAGA PEPERIKSAAN
  • KPPK
  • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
  • BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  • JNP PULAU PINAG
  • MAJLIS GURU CEMERLANG PULAU PINANG
  • MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA
  • EPENYATA GAJI

LAGU PATRIOTIK


MusicPlaylistView Profile
Create a MySpace Playlist at MixPod.com

Chinese New Year Songs


MusicPlaylistView Profile
Create a MySpace Music Playlist at MixPod.com

LAGU SEKOLAH & PATRIOTIK


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com
Picture Window theme. Powered by Blogger.