Tuesday, January 17, 2012

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA PELAJAR
SMK ST XAVIER, PULAU PINANG

Kepada Ibu bapa/Penjaga pelajar Tingkatan 1 -5
SMK St Xavier, Pulau Pinang

Tuan/Puan

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS)TAHUN 2012

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa semua pelajar diwajibkan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.


2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan menjalankan pentaksiran berasaskan sekolah untuk semua matapelajaran di atas mengikut format yang dikehendaki oleh Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.


3. Pentaksiran berasaskan sekolah ini akan dijalankan sewaktu pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru matapelajaran masing-masing.

4. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk memastikan anak jagaan tuan/puan dapat menyiapkan tugasan-tugasan mengikut masa yang ditetapkan oleh guru-guru matapelajaran masing-masing.

Bil

Matapelajaran

Tingkatan

Bentuk Pentaksiran

1.

Bahasa Melayu

1-5

Lisan

2.

Bahasa Inggeris

1-5

Lisan

3.

Sains

1-5

Kerja Amali (PEKA)

4.

Pendidikan Jasmani & Kesihatan

1-5

Ujian Kecergasan SEGAK

5.

Pendidikan Seni Visual

1-5

Kerja Kursus & Folio

6.

Biologi/Fizik/Kimia

4-5

Kerja Amali (PEKA)

7.

Prinsip Perakaunan

4-5

Kerja Kursus

8.

Pendidikan Islam

4-5

Penilaian Asas Fardu Ain(PAFA)

9.

Pendidikan Moral

4-5

Kerja Kursus

10.

Pend. Sivik & Kewarganegaraan

1-4

Kerja Kursus/Folio/Khidmat Masyarakat

11.

Pendidikan Islam

1-3

1. Ujian Tilawah & Hafazan

2.Pemerhatian Adab & Akhlak Islamiah

3.Penilaian Asas Fardu Ain(PAFA)

12.

Geografi

1-3

Kerja Kursus

13.

Sejarah

1-3

Kerja Kursus

14.

Kemahiran Hidup Bersepadu

1-3

Kerja Kursus

15.

Matematik Tambahan

5

Kerja Kursus

16.

Semua mata pelajaran

1

PBS/Kerja Kursus/Folio/PEKA dll



5. Segala kerjasama pihak tuan/puan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment