Friday, May 4, 2012

Mengapa 16 Mei dipilih sebagai sebagai Hari Guru?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana......
 • pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
 • Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK(Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.

 OBJEKTIF HARI GURU 
  Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  Memupuk perasaan perpaduan iktisas dan muhibah antara guru. 
  Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 
  Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. 
  Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
 Sumber: ppdsegamat.edu.my

No comments:

Post a Comment