Tuesday, May 14, 2013

SOALAN LAZIM Jawatankuasa PBS


SOALAN LAZIM

Soalan
Jawatankuasa PBS
Jawapan
 1.Apakah peranan YDP Majlis Pengetua Daerah dan YDP Majlis Guru Besar Daerah sebagai Ahli Jawatankuasa PBS Daerah?
 Jawapan :

YDP Majlis Pengetua/Guru Besar adalah mewakili semua Pengetua/Guru Besar dalam daerah berkenaan untuk membawa isu-isu dan hasrat pelaksana (guru di sekolah) ke dalam mesyuarat JK PBS Daerah
 
2.Sejauh manakah kuasa JK PBS Sekolah dalam pengoperasian PBS?
Jawapan :

JK PBS boleh membuat keputusan dalam menetapkan pengoperasian PBS peringkat sekolah asalkan ianya mematuhi garis panduan dan arahan pelaksanaan yang ditetapkan.
 
3.Bagaimanakah keanggotaan JK PBS Sekolah bagi sekolah kurang murid dalam?
Jawapan :

Pelantikan JK PBS Sekolah adalah tertakluk kepada keperluan sekolah bagi sekolah kurang murid, seseorang guru mungkin perlu memegang lebih daripada satu folio.

No comments:

Post a Comment