Tuesday, May 14, 2013

SOALAN LAZIM- PELAPORAN


SOALAN LAZIM

Soalan
Pelaporan
Jawapan
 1.Bolehkah ibu bapa mendapatkan laporan prestasi murid bila diperlukan?
 Jawapan :

Ibu bapa boleh mendapatkan laporan prestasi murid bila-bila masa diperlukan. Walau bagaimanapun laporan prestasi tersebut hanya boleh diperoleh sekiranya pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan pentaksiran topik dan kemahiran telah diajar kepada murid tersebut.
 
2.Siapakah yang menyedia dan mengeluarkan laporan prestasi murid?
Jawapan :

Guru mata pelajaran yang menyedia dan mengeluarkan laporan prestasi murid sekiranya diperlukan. Laporan dikeluarkan melalui aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).
 
3.Bilakah guru boleh mula memasukkan data standard prestasi murid ke dalam SPPBS?
Jawapan :

Pihak sekolah perlu menunggu arahan pelaksanaan yang akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan pada awal tahun.
   
4.Bolehkah murid mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan?
Jawapan :

Boleh. Murid boleh mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan daripada guru. Laporan boleh dikeluarkan atau dicetak terus daripada system Aplikasi SPPBS.
   
5.Bolehkah pihak-pihak yang berkepentingan seperti wakil rakyat, pertubuhan NGO, pihak swasta dan pihak lain selain ibu bapa mendapatkan rumusan pelaporan prestasi untuk tujuan memberi sumbangan dan motivasi kepada murid?
Jawapan :

Pihak-pihak yang berkepentingan boleh mendapatkan rumusan pelaporan prestasi sekolah sekiranya dipersetujui oleh JK PBS Sekolah berkenaan.
 
6.Bolehkah sekolah membuat ranking di kalangan murid-muridnya? Jika boleh, bagaimana caranya?
Jawapan :

Sekolah boleh membuat ranking murid-muridnya dengan menggunakan atau merujuk evidens yang dapat disempurnakan oleh murid-murid semasa pentaksiran PBS.
 
7.Adakah pelaporan PBS boleh digunakan sebagai asas kepada pemilihan penerima anugerah kecemerlangan murid di sekolah?
Jawapan :
 
Pelaporan PBS memang wajar dijadikan asas atau kriteria kepada pemilihan penerima anugerah dan perlu disokong dengan evidens murid.
 
8.Adakah ibu bapa diberi kemudahan untuk mencapai sistem yang boleh mengeluarkan pelaporan bagi anak-anak mereka?
Jawapan :

Tidak boleh. Ibu bapa perlu mendapatkan laporan prestasi anak- anak mereka daripada guru di sekolah.

No comments:

Post a Comment