Tuesday, May 14, 2013

SOALAN LAZIM-PENJAMINAN KUALITI


SOALAN LAZIM

< Previous Top Next >
Soalan
Penjaminan Kualiti
Jawapan
 1.Apakah maksud penyelarasan?
 Jawapan :

Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap peraturan/skema penskoran/rubrik. Penyelarasan perlu dilakukan dari aspek penskoran untuk memastikan konstruk, gred/skala skor adalah seragam dan seterusnya meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.
 
2.Siapakah yang melaksanakan penyelarasan?
Jawapan :

Penyelaras dalaman terdiri daripada Ketua Panitia/ Ketua Bidang / Guru Cemerlang mata pelajaran dan Penyelaras luaran terdiri daripada pegawai yang oleh Lembaga Peperiksa, JPN dan PPD.
 
3.Apakah yang dikatakan pementoran?
Jawapan :

Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.
   
4.Siapakah yang boleh melaksanakan pementoran?
Jawapan :

Pementoran boleh dilakukan oleh Mentor Dalaman yang terdiri daripada Ketua Panitia, Jurulatih Utama , Guru Cemerlang, Guru Besar atau guru yang dilantik sementara Mentor Luaran terdiri daripada Pegawai Lembaga Peperiksaan, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah.atau mana-mana pegawai yang dilantik.
   
5.Apakah yang dimaksudkan dengan pemantauan?
Jawapan :

Pemantauan adalah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.
 
6.Siapakah yang boleh melaksanakan pemantauan?
Jawapan :

Pemantauan boleh dilakukan oleh Pemantau Dalaman terdiri daripada guru yang dilantik oleh JK PBS peringkat sekolah dan Pemantau Luaran terdiri pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, pegawai Lembaga Peperiksaan , pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah.
 
7.Bolehkah sekolah melaksanakan silang pemantauan dan silang penyelarasan dengan sekolah berhampiran untuk tujuan kebaikan bersama?
Jawapan :
 
Sekolah boleh malah digalakkan untuk melakukan silang pemantauan dan silang penyelarasan dengan sekolah berhampiran kerana dengan kerjasama tersebut boleh meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan pelaksanaan PBS.
 
8.Sejauh manakah intergriti guru boleh dipercayai dalam pelaksanaan PBS?
Jawapan :

Intergriti guru tidak boleh dipertikaikan dalam pelaksanaan PBS ini kerana adanya mekanisme penjaminan kualiti yang akan dijalankan sepanjang pelaksanaan PBS iaitu pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.
 
9.Bolehkah sekiranya guru yang dipantau adalah Guru Besar atau Guru Penolong Kanan?
Jawapan :
 
Boleh sekiranya Guru Besar atau Guru Penolong Kanan mempunyai peruntukan mengajar mata pelajaran.
 
10.Bagaimanakah dengan pelaporan PBS bagi murid yang berpindah?
Jawapan :

Sekolah perlu memaklumkan murid tersebut ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pihak JPN akan memproses perpindahan murid itu melalui sistem Apllikasi SPPBS dan pelaporan murid akan diakses oleh sekolah baru.

No comments:

Post a Comment