Tuesday, May 14, 2013

SOALAN LAZIM-Pelaksanaan PBS


SOALAN LAZIM

Soalan
Pelaksanaan PBS
Jawapan
 1.Adakah LINUS boleh digunakan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah
 Jawapan :

Boleh. LINUS boleh digunakan dalam pentaksiran PBS kerana kemahiran yang terdapat dalam LINUS terdapat dalam KSSR
 
2.Perlukah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun diadakan?
Jawapan :

Keperluan mengadakan Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun bergantung kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah. Sekiranya sekolah ingin menjalankannya maka, soalan atau tugasan untuk ujian tersebut mestilah diolah/bina mengikut deskriptor standard prestasi.
 
3.Bolehkah sekolah melaksanakan pengoperasian komponen PBS mengikut kekuatan sumber yang ada dan menggunakan pendekatan tertentu?
Jawapan :

Sekolah boleh melaksanakan pengoperasian PBS menggunakan sumber yang ada dan juga menggunakan pendekatan sesuai seperti yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.
   
4.Perlukah murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara melaksanakan kohort PBS yang lepas?
Jawapan :

Tidak perlu kerana pentaksiran PBS hanya dilakukan untuk tahun semasa.
   
5.Adakah murid dibenarkan memohon pengecualian dari melaksanakan PBS?
Jawapan :

Tidak boleh. Semua murid ditaksir mengikut kemampuan masing-masing dan pentaksiran PBS boleh dilakukan apabila murid telah bersedia untuk ditaksir.
 
6.Bagaimanakah pengoperasian PBS bagi murid dari golongan OKU dilaksanakan? Adakah mereka akan diberikan pengecualian?
Jawapan :

Murid OKU juga akan ditaksir mengikut standard prestasi yang dibina khas untuk golongan tersebut. Oleh itu mereka tidak perlu diberi pengecualian.

No comments:

Post a Comment